Pada 11 dan 12 Oktober 2008, kumpulan kami yang terdiri daripada 3 org telah pun menjalani kajian lapangan di kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Kawasan kajian kami meliputi Selayang, Rawang, Gombak dan BatuCaves. Kajian selama 2 hari itu amat memenatkan kami semua kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Namun kami berjaya juga menghabiskan kajian kami itu dengan jayanya.
Selama 2 hari kami menjalan kajian disana, kami telah mengetahui sedikit sebanyak dengan keadaan pembandaran di MPS. Walaupun kawasan ini luas namun kami telah memilih kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk menjalankan kajian kami di sana. Ini adalah antara bahan-bahan yang kami sempat kumpulkan mengenai keadaan pembandaran di MPS.
Setelah dikejutkan dengan ancaman kepada sistem ekologi di Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, kini timbul persoaIan mengenai kegiatan pembangunan yang agresif dan keterlaluan berhampiran kawasan berbukit dan hutan di Selayang, Selangor. Ia meliputi kawasan berhampiran Bandar BaruSelayang melunjur sehingga ke Taman Rimba Templer.Ironisnya, kemusnahan bagi tujuan pembangunan itu hanya terletak beberapa ratus meter dari pejabat tanah Gombak dan pejabat Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Taman Rimba Templer merupakan satu lagi 'tangki oksigen' bagi penduduk Lembah Klang yang perlu dipelihara. Penebangan kawasan hutan dan bukit yang seolah-olah berjalan tanpa kawalan itu turut mencetuskan perasaan gelisah dan tidak puas hati penduduk di kawasan itu. Hasil tinjauan udara itu menunjukkan gambaran yang sungguh mengejutkan kerana sebahagian kawasan tersebut hampir gondol bagi tujuan pembinaan ribuan unit rumah dan kompleks perniagaan komersial. Pokok-pokok ditebang dan bukit-bukit telah diratakan bagi memberi laluan kepada pembangunan hartanah yang mampu membawa pulangan berjuta-juta ringgit. Apa yang lebih membimbangkan ialah pembangunan yang bermula dari kawasan di belakang pejabat tanah Gombak itu kini semakin menghampiri kawasan tadahan air Empangan Batu.Malah salah satu kawasan berbukit yang kini sedang rancak 'digondolkan' itu hanya terletak kira-kira 500 meter dari tebing empangan tersebut. Berdasarkan pemerhatian mata kasar, tidak mustahil satu hari nanti empangan yang dibina pada tahun 1987 dengan kos RM27 juta, bagi menyalurkan air minuman, pertanian dan industri itu akan menerima kesan kerakusan manusia yang terlalu mementingkan keuntungan. Mengikut jangkaan menjelang 2010 Selangor akan mengalami krisis air yang meruncing. Mungkin dengan fenomena ini jangkaan tersebut dijangka lebih pendek.Utusan Malaysia dalam laporan siasatannya Khamis lalu mendedahkan mengenai kegiatan pembangunan tidak terancang di sekeliling sempadan Taman Pertanian di Shah Alam sehingga mengancam sistem ekologi dan biodiversiti di dalamnya. Taman seluas 800 hektar (2,000 ekar) kendalian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu, hampir menjadi pulau kerana rata-rata garis sempadannya sedang dibangunkan sebagai kawasan penempatan manusia.
Pengenalan Kepada Sains Sosial
-
Sains sosial adalah satu cabang ilmu yang muncul kesan usaha sesetengah
ahli fikir Barat khususnya di Eropah, untuk menjelaskan fenomena dan
isu-isu yang b...
Berita Terbaru
-
Saya sudah upload kerangka spss yang baru. Ia sudah diperbaiki. Sebarang
masalah boleh menghubungi saya. Boleh menghantar spss yang telah diisi
kepada emai...
Analisis Bahagian E
-
Ulasan Bahagian E
Bahagian terakhir ini membincangkan pandangan responden daripada setiap
sudut terhadap keefisienan sesebuah bandar samada pada tahap yang ...
BAHAGIAN A : DEMOGRAFI LATARBELAKANG RESPONDEN
-
Carta pai menunjukkan latar belakang responden di mana peratusan responden
perempuan 60 peratus adalah melebihi responden lelaki sebanyak 40 peratus.
Hal ...
kajian keefisenan bandar..
-
Kajian yang kami lakukan adalah untuk mengetahui keefisenan pentadbiran di
bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang. kami memilih 3 bandar untuk
kajia...
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
-
Setelah mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan, akhirnya saya dan ahli
kumpalan dapat masukkan data yang telah dianalisis kedalam blog ini. blog
ini ber...
Rumusan Kajian
-
Setelah kajian dilakukan, inilah rumusan dan pendapat yang dapat kami
berikan berkaitan kawasan kajian kami iaitu daerah Hulu Selangor.
FINAL
-
Akhirnya,sy selesai memasukkan data hasil dr analisis sistem SPSS ini..agak
penat juga.Mata seharian terpaksa menghadap laptop.Moga kawan-kawan melihat
blo...
Keadaan fizikal yang tidak efisien
-
Keadaan lubang yang tidak tertutup membahayakan orang ramai
Keadaan kawasan pembinaan yang tidak dilitupi pagar
Sistem lampu isyarat yang tidak sistematik
...
Latar Belakang Bandar Damansara
-
LATAR BELAKANG BANDAR DAMANSARA.
Damansara merupakan satu dari mukim daerah Petaling dalam negeri Selangor,
Malaysia. Tempat ini dinamakan sempena Sungai D...
Demografi-taraf pendidikan
-
Dalam analisis yang seterusnya adalah berkaitan dengan taraf pendidikan
responden kami yang mana setelah kajian yang kami lakukan. Taraf pendidikan
yang ...